Sunday, 1 April 2012


Minggu 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



PENGENALAN
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru haruslah mengetahui beberapa kemahiran yang terkandung di dalam sesuatu pengajaran. Pemilihan bahan internet boleh dipilih antara bahan sastera, bahan tatabahasa atau bahan bidang ilmu lain.


PEMILIHAN BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.

UNSUR-UNSUR KESUSASTERAAN



PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis Tatabahasa

PEMILIHAN BAHAN BIDANG ILMU LAIN

Bidang ilmu lain merupakan ilmu dalam matematik, sejarah, agama islam, geografi, pendidikan seni dan lain-lain.


MINGGU 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER

ETIKA KOMPUTER
  1. Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  2. Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihanmaklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  •  Penggertak
  • Penyalahgunaan internet
  •  Virus
  •  Hak cipta
  • Perisian cetak Rompak
Penggertak:
·   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·   Cracker tidak menulis program untukmembangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan olehnegara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
  • Penyalinan secara HARAM perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara.
  • Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna.
  • Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal kedalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran pengaturcara perisian tersebut.
  • Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom / cakera liut, buku panduan, dan lain-lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan.
CONTOH-CONTOH PENYALINAN HARAM
Contoh 1
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian tersebut dikomputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. Ini adalah cetak rompak perisian yang selalu berlaku di Malaysia.
Contoh 2
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan institusi-institusi pengajian di Malaysia.

Contoh 3

Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam cakera keras komputer tersebut. Ini adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad, CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.


JENIS PERISIAN
  1. Sebagai permulaan, pengguna harus tahu jenis-jenis perisian yang ada di pasaran, ia boleh dikategorikan sebagai berikut
  2. Public Domain
    Public Domain ialah dimana perisian yang boleh digunakan secara percuma oleh mana-mana pihak. Ia boleh disalin oleh mana-mana pihak dan diedarkan kepada sesiapa sahaja, tetapi pihak yang menyalin tidak boleh mengaut keatas perisian tersebut, hanya kos penyalinan sahaja dibenarkan, sebagai contoh, kos cakera liut. Perisian ini ditulis oleh pengaturcara dan pengaturcara tersebut mengambil keputusan untuk mengedarkannya secara percuma kepada orang-ramai. Langkah ini diambil oleh pengaturcara tersebut kerana dia merasakan bahawa dia tidak mahu lagi mengeluarkan versi terbaru perisian tersebut dan tidak mahu memberi bantuan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Terdapat banyak perisian Public Domain yang boleh didapati di Internet yang boleh digunakan.
  3. Freeware
    Freeware sama fungsinya dengan Public Domain dimana perisian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Istilah ini digunakan pada zaman sekarang manakala istilah Public Domain digunakan pada tahun 80an.
  4. Shareware
    Perisian Shareware ialah perisian percubaan. Perisian ini boleh disalin dan digunakan oleh mana-mana pihak dan pengguna diberi tempoh untuk mencuba perisian tersebut pada komputer masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Biasanya tempoh percubaan yang diberi ialah dalam tempoh 30 hari atau 3 bulan. Pengaturcara bebas untuk menetapkan tempoh percubaan. Jika pengguna tidak mahu menggunakan perisian tersebut maka pengguna dikehendaki memadamkan perisian tersebut didalam cakera keras komputer masing-masing. Jika pengguna mahu menggunakan perisian ini melebihi tempoh yang telah ditetapkan maka pengguna hendaklah mendaftar kepada Pengaturcara tersebut dan membayar untuk harga perisian. Tujuan Shareware yang asal ialah untuk mengenalkan perisian kepada pengguna dan kajian telah didapati perisian yang diedarkan dalam bentuk Shareware lebih cepat mendapat tempat kepada pengguna berbanding dengan Perisian Commercial. Ia juga bertujuan supaya pengguna boleh mengetahui sama ada perisian ini berjalan lancar apabila dicuba pada komputer masing-masing.
  5. Pada kebiasaan pengaturcara akan mengeluarkan dua versi, pertama versi shareware dan kedua versi Komersial. Terdapat banyak fungsi tambahan pada versi Komersial berbanding dengan versi shareware. Ini adalah untuk menarik minat pengguna untuk mendaftar dan seterusnya mendapat versi komersial.
  6. Jika pengguna telah melebihi tempoh yang telah ditetapkan sesetengah perisian shareware akan mula mengeluarkan 'nag screen'. Ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pengguna supaya mendaftar jika mahu menggunakan terus perisian tersebut. Pada sesetengah perisian shareware pula, perisian itu tidak boleh digunakan jika tempoh percubaan itu telah tamat.
  7. Versi Komersial
    Versi Komersial ialah versi penuh perisian. Versi komerial ialah versi yang selalu dicetak rompak di negara ini. Versi komersial biasanya dibeli di kedai-kedai. Pengguna haruslah mendaftar kepada pengaturcara tersebut untuk mendapatkan khidmat sokongan. Khidmat sokongan ini amat penting, kerana jika berlaku masalah, pengguna boleh mendapatkan khidmat dengan cara menelefon kepada pengaturcara dan mendapatkan bantuan. Pengguna juga boleh mendapat artikel tentang tips-tips dan perubahan minor kepada perisian yang telah dibeli. Selain dari itu pengguna akan mendapat buku panduan tentang penggunaan perisian tersebut. Buku panduan ini tidak akan diperolehi jika pengguna membeli perisian cetak rompak. Pengguna juga akan mendapat diskaun untuk perisian-perisian lain yang dibuat oleh pengaturcara.
  8. Cardware
    Cardware, pelik bukan. Istilah ini digunakan oleh pengaturcara yang mahukan respon dari pengguna. Fungsi perisian Cardware adalah sama dengan fungsi perisian freeware dan Public Domain. Pengaturcara cuma mahukan pengguna menghantarkan Poskad menyatakan komen tentang perisian yang ditulis kepada beliau. Perisian seperti ini cuma berfungsi untuk mengenalkan pengaturcara kepada orang ramai.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
 Keseimbangan
 keizinan temaklum
 keadilan
  • Meminimum-kan risiko

10 RUKUN ETIKA KOMPUTER
  1. Tidak menggunakan komputer untukmembahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT
Langkah 1 = buka microsoft publisher
Langkah 2 = Pilih ikon brochures
Langkah 3 = Sila pilih design yang sesuai untuk brosur anda
Langkah 4 = sila edit teks yang berkotak dengan memasukkan bahan anda

Print Preview
page 1
page 2



Saturday, 18 February 2012


MINGGU 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU



1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:
  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com

  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.



2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :


  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
  • masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.


  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET

  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.


  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.



Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

MINGGU 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
Apa itu ‘Enjin Pencari’?
  • Merupakan perisian(software) yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan dan Jenis Enjin Pencari

 Tujuan (konteks pendidikan)

           Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
           Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.


 Jenis ‘enjin pencari’




Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:

tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,

Contoh 1:



Contoh 2:


Cara Mengkategorikan Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet

  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)