MINGGU 6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Pautan Struktur Hierarki
Pautan Struktur Komposit
Pautan Struktur Linear
Pautan Struktur Rangkaian
- Struktur Hierarki
- Struktur Komposit
- Struktur Linear
- Struktur Rangkaian
PENGENALAN
- Struktur perpautan lebih dikenali sebagai“hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
- Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
- Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
STRUKTUR HIERARKI
- Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
- Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
Pautan Struktur Hierarki
STRUKTUR KOMPOSIT
- Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
- Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Pautan Struktur Komposit
STRUKTUR LINEAR
- Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
- Perisian yang menggunakan struktur linear sebagai sistem penerokaan agak membosankan
- Tidak menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan lebih luas.
- Namun struktur ini digunakan dalam keadaan tertentu seperti penyediaan latihan ataupun semasa menyampaikan sesuatu maklumat.
- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan
Pautan Struktur Linear
STRUKTUR RANGKAIAN
- Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
- Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
Pautan Struktur Rangkaian
No comments:
Post a Comment